create your own banner at mybannermaker.com!

Selasa, 31 Mei 2011

CONTOH PERLEMBAGAAN PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP

PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
SEKOLAH MENENGAH AGAMA FAUZI
NO. PENDAFTARAN 18/2002/SMAF

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH AGAMA FAUZI yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.


PERATURAN  1        NAMA DAN ALAMAT

a.         Nama Persatuan:          PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP
BERSEPADU
                                                            SEKOLAH MENENGAH AGAMA FAUZI

b.         Alamat:                         SEKOLAH MENENGAH AGAMA FAUZI,
            06900 YAN, KEDAH.


PERATURAN  2        MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam  aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

PERATURAN  3        OBJEKTIF
3.1                Mencungkil bakat kreatif dan inovatif melalui aktiviti-aktiviti reka cipta yang dilaksanakan.
3.2                Melahirkan pelajar yang cintakan alam sekitar serta kesejahteraan  dunia  sejagat
3.3                Menyemai minat untuk berniaga melalui aktiviti jualan.
3.4                Melahirkan pelajar yang mencintai ilmu kemahiran
3.5                Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual
3.6                Menanam kesedaran tentang pentingnya persekitaran yang terurus, kemas, bersih dan ceria dapat menyumbang kepada kesejahteraan hidup.
PERATURAN  4        KEAHLIAN

4.1       Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
4.2       Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan
4.3       Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

PERATURAN  5        GURU PENASIHAT

5.1       Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
5.2       Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.
5.3       Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

PERATURAN  6        AHLI JAWATANKUASA

6.1       Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2       Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli   yang tidak  dapat  hadir  tetapi  menulis   surat  tunjuk  sebab  layak  dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
      6.3       Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4       Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik  oleh Guru Penasihat  tanpa mengadakan mesyuarat.
6.5       Ahli Jawatankuasa yang  hendak   meletakkan   jawatan   hendaklah menghantar surat  perletakan  jawatan   kepada  Guru Penasihat.
6.6       Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
6.6.1    Pengerusi
6.6.2    Naib Pengerusi
6.6.3    Setiausaha
6.6.4    Penolong Setiausaha
6.6.5    Bendahari
6.6.6    Penolong Bendahari
6.6.7    Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)
6.6.8    Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)

PERATURAN   7       TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB  JAWATANKUASA
           
7.1       Pengerusi
7.1.1    Mempengerusikan  semua  mesyuarat  dan  bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat
7.1.2        Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

      7.2       Naib Pengerusi
7.2.1    Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.
                  7.2.2    Mempengurusikan   mesyuarat  semasa  ketiadaan pengerusi.
7.2.3    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

      7.3       Setiausaha
                  7.3.1    Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2    Mencatat  dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
                  7.3.3    Mencatat kehadiran ahli
7.3.4    Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
     
7.4       Penolong Setiausaha 
7.4.1    Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
7.4.2    Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu  ketiadaan Setiausaha.
7.4.3    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

      7.5       Bendahari
7.5.1    Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
7.5.2    Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.       
7.5.3    Menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
7.5.4    Melaporkan  kedudukan  kewangan  sekiranya  diminta   di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
                                                                     i.                  Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
                                                                   ii.                  Menjalankan  tugas-tugas  lain yang diarahkan  oleh  Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

      7.6       Penolong Bendahari
7.6.1    Menjalankan  tugas-tugas  Bendahari   sewaktu  ketiadaan Bendahari.
7.6.2    Menjalankan  tugas-tugas  lain  yang diarahkan oleh  Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

     
7.7 Ahli Jawatankuasa
7.7.1    Membantu menjalankan tugas dalam segala  program  dan aktiviti yang dilaksanakan.
7.7.2    Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.7.3    Menjalankan  tugas-tugas lain yang  diarahkan  oleh  Guru Penasihat dari semasa ke semasa

      7.8       Pemeriksa Kira-Kira
7.8.1    Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya.
7.8.2    Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

PERATURAN  8        KEWANGAN

8.1       Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui  derma yang diputuskan  semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM1.00 seorang sebulan.
8.2       Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
8.3       Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan  besar  boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
8.4       Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah,  sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN  9        KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1       Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan  sepanjang tahun.
9.2       Kegagalan   berbuat  demikian  sebanyak tiga kali berturut-turut  dikehendaki  menulis  surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian  kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN  10         AKTIVITI

10.1     Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
10.2     Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

PERATURAN  11    PERATURAN-PERATURAN

11.1     Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
11.2     Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3     Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN  12         TINDAKAN DISIPLIN

12.1     Diambil  terhadap   ahli   yang   melanggar   perlembagaan persatuan  dan   tidak   mematuhi  peraturan  yang ditetapkan.
12.2     Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
12.2.1  Amaran lisan
12.2.2  Amaran bertulis
12.3     Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN  13         PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1     Mana-mana   bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
13.2     Cadangan pindaan perlembagaan  boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru   Penasihat  atau pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3     Satu  mesyuarat khas  yang  dihadiri  oleh  Guru Penasihat dan  Ahli Jawatankuasa  akan  membincangkan  cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
13.4     Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.


PERATURAN  14         PEMBUBARAN PERSATUAN
                       
14.1     Pengetua  diberi  kuasa  untuk  membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
14.2          Segala hutang wajib dijelaskan. Baki  kewangan  diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.
                       
PERATURAN  15         HAL-HAL LAIN

15.1     Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri  terhadap aktiviti yang dijalankan.
15.2     Ahli-ahli  hendaklah sentiasa  peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.



……………………….......                   ………………….................             …….……………….............
(HAMIZAH MAD REJAB)   (MOHD AFIFI SHUKRIL NAIM)       (MOHD AFIF ABD AZIZ)
Setiausaha                              Pengerusi                                     Guru Penasihat
PERSATUAN KHB                        PERSATUAN KHB                    PERSATUAN KHB

Tarikh:  .................                 Tarikh: ....................                     Tarikh: ..............