Blog ini dibina untuk dijadikan rujukan kepada guru-guru, bakal guru dan kepada mereka yang merasakan segala isi di dalam blog ini penting bagi menambahkan ilmu pengetahuan.
Selasa, 28 Jun 2011
Borang Pendaftaran Kelab TEKVO
Sila klik disini jika ingin mendaftar sebagai ahli kelab TEKVO...terbuka kepada semua pelajar SMAF
Rabu, 8 Jun 2011
Rabu, 1 Jun 2011
MODUL PENGAJARAN MIKRO
Konsep
ii. masa mengajar
iii. kemahiran mengajar
Situasi Mikro
a) Objektif
- Latihan pengajaran praktik yang dipermudahkan dari segi skop dan organisasinya.
- Tiga aspek diperkecilkan :
ii. masa mengajar
iii. kemahiran mengajar
Situasi Mikro
- Kelas kecil ( 5-8 orang)
- Tidak perlu murid sebenar
- Waktu mengajar singkat ( 5 - 10 minit)
- Tumpu kepada satu kemahiran
- Kelas 'simulasi' ; lebih mudah dikawal
- Dilaksanakan dalam makmal
a) Objektif
- Memberi peluang kepada guru-guru pelatih:
KEMAHIRAN PENYOALAN
Objektif Penyoalan
- Melibatkan pelajar secara aktif
- Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu
- Memusatkan perhatian dan satu konsep khusus
- Memperkembangkan daya pemikiran pelajar
- Pembentukan soalan
- Fokus
- Sebaran
- Melayani jawapan murid
- Membantu dengan memberi petunjuk
KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN
Objektif Variasi Rangsangan
- Menimbulkan minat dan mengekalkan perhatian pelajar
- Melibatkan pelajar dengan pelbagai pengalaman
- Menggunakan pelbagai deria untuk memudahkan pembelajaran
- Pergerakan
- Pergerakan anggota
- Perubahan pertuturan
- Perubahan fokus deria
KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS
Objektif Penggunaan Papan Tulis
- Menarik serta mengekalkan tumpuan perhatian pelajar
- Menjelaskan satu-satu konsep secara teratur
- Menggalakkan pemikiran yang produktif
- Kejelasan - terang, saiz, jarak
- Susunan - bahagi papan tulis kepada beberapa ruang
- Penekanan - menggunakan warna yang menarik
- Teknik persembahan - nota, simbil, carta
Definisi Set Induksi dan komponen-komponennya
Definisi Set Induksi
Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu.
Ee Ah Meng (1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orientasi prapengajaran.
Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa set induksi ialah satu cara memulakan pengajaran dimana kemahiran memulakan pengajaran amat penting kerana di sini guru meyampaikan ideanya kepada pelajar dan menanamkan ke dalam fikiran pelajar bahan-bahan pengajaran yang hendak disampaikannya. Sementara itu, guru juga perlu menumbulkan minat dan menggerakkan para pelajar supaya mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran yang dipersembahkan oleh guru mereka.
Prinsip-prinsip Panduan
Ee Ah Meng (1987) menyatakan bagi mencapai kejayaan dalam set induksi atau permulaan pelajaran, guru hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut:i) Bermakna
Permulaan pelajaran sepatutnya bermakna kepada murid-murid dari segi minat, pengalaman, kebolehan dan umur.
ii) Perkaitan
Permulaan pelajaran sepatutnya berkaitan dengan isi dan objektif pelajaran.
iii) Perkaitan
Permulaan hendaklah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.
Objektif-objektif Set Induksi
Antara objektif-objektif kemahiran Set Induksi adalah seperti yang berikut:
i) Mendapatkan perhatian murid.
ii) Memotivasikan murid-murid.
iii) Mencadangkan cara-cara menjalankan tugas.
iv) Menyatakan had tugas yang akan dilaksanakan.
v) Membuat perkaitan antara yang telah dialami dengan yang di luar pengalaman murid-murid.
Komponen-komponen Set Induksi.
Komponen-komponen utama dalam kemahiran Set Induksi ialah menarik perhatian, mewujudkan motivasi, perkaitan kognitif dan menstruktur.i) Menarik Perhatian
Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan, menunjukkan sesuatu yang menghairankanm mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid.
ii) Mewujudkan Motivasi
Sebelum mengajar, guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar memberi perhatian, barulah pelajaran sebenarnya boleh dimulakan dengan senang dan mudah. (Omardin Ashaari,1997).
iii) Perkaitan Kognitif
Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Misalnya, guru yang mengajar ciri-ciri segitiga sama kaki boleh membincangkan ciri-ciri umum sesebuah segitiga terlebih dahulu.
iv) Menstruktur
Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan tugas itu. Contohnya, “Kita akan cuba menamakan lima bahagian Bunga Raya ini setelah melihat bahagian-bahagian itu dengan teliti”.
Kesan Kemahiran Set Induksi ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran.
Kesan-kesan penggunaan Set Induksi adalah seperti yang berikut:i) Motivasi murid tinggi. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi.
ii) Perhatian murid-murid terhadap pelajaran lebih baik. Ini memudahkan pembentukan konsep.
iii) Murid-murid akan berusaha kea rah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh guru.
iv) Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.
v) Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi.
vi) Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah. Ini akan mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menggalakkan.
Selasa, 31 Mei 2011
CONTOH PERLEMBAGAAN PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP
PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
SEKOLAH MENENGAH AGAMA FAUZI
NO. PENDAFTARAN 18/2002/SMAF
PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN
Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH AGAMA FAUZI yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.
PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT
a. Nama Persatuan: PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP
BERSEPADU
SEKOLAH MENENGAH AGAMA FAUZI
b. Alamat: SEKOLAH MENENGAH AGAMA FAUZI,
06900 YAN, KEDAH.
PERATURAN 2 MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
PERATURAN 3 OBJEKTIF
3.1 Mencungkil bakat kreatif dan inovatif melalui aktiviti-aktiviti reka cipta yang dilaksanakan.
3.2 Melahirkan pelajar yang cintakan alam sekitar serta kesejahteraan dunia sejagat
3.3 Menyemai minat untuk berniaga melalui aktiviti jualan.
3.4 Melahirkan pelajar yang mencintai ilmu kemahiran
3.5 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual
3.6 Menanam kesedaran tentang pentingnya persekitaran yang terurus, kemas, bersih dan ceria dapat menyumbang kepada kesejahteraan hidup.
PERATURAN 4 KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.
PERATURAN 5 GURU PENASIHAT
5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.
5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.
PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA
6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolong Bendahari
6.6.7 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)
6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)
PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.2 Naib Pengerusi
7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.
7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.4 Penolong Setiausaha
7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.5 Bendahari
7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.5.3 Menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
i. Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
ii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.6 Penolong Bendahari
7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.7 Ahli Jawatankuasa
7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa
7.8 Pemeriksa Kira-Kira
7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya.
7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
PERATURAN 8 KEWANGAN
8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM1.00 seorang sebulan.
8.2 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
8.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.
PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN
9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.
9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
PERATURAN 10 AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.
PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN
12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis
12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.
PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN
13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN
14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.
PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN
15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.
………………………....... …………………................. …….……………….............
(HAMIZAH MAD REJAB) (MOHD AFIFI SHUKRIL NAIM) (MOHD AFIF ABD AZIZ)
Setiausaha Pengerusi Guru Penasihat
PERSATUAN KHB PERSATUAN KHB PERSATUAN KHB
Tarikh: ................. Tarikh: .................... Tarikh: ..............
Langgan:
Catatan (Atom)