Cikgu Mohammad Afif b. Abd. Aziz
Blog ini dibina untuk dijadikan rujukan kepada guru-guru, bakal guru dan kepada mereka yang merasakan segala isi di dalam blog ini penting bagi menambahkan ilmu pengetahuan.
Selasa, 28 Jun 2011
Borang Pendaftaran Kelab TEKVO
Sila klik disini jika ingin mendaftar sebagai ahli kelab TEKVO...terbuka kepada semua pelajar SMAF
Rabu, 8 Jun 2011
Rabu, 1 Jun 2011
MODUL PENGAJARAN MIKRO
Konsep
ii. masa mengajar
iii. kemahiran mengajar
Situasi Mikro
a) Objektif
- Latihan pengajaran praktik yang dipermudahkan dari segi skop dan organisasinya.
- Tiga aspek diperkecilkan :
ii. masa mengajar
iii. kemahiran mengajar
Situasi Mikro
- Kelas kecil ( 5-8 orang)
- Tidak perlu murid sebenar
- Waktu mengajar singkat ( 5 - 10 minit)
- Tumpu kepada satu kemahiran
- Kelas 'simulasi' ; lebih mudah dikawal
- Dilaksanakan dalam makmal
a) Objektif
- Memberi peluang kepada guru-guru pelatih:
KEMAHIRAN PENYOALAN
Objektif Penyoalan
- Melibatkan pelajar secara aktif
- Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu
- Memusatkan perhatian dan satu konsep khusus
- Memperkembangkan daya pemikiran pelajar
- Pembentukan soalan
- Fokus
- Sebaran
- Melayani jawapan murid
- Membantu dengan memberi petunjuk
KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN
Objektif Variasi Rangsangan
- Menimbulkan minat dan mengekalkan perhatian pelajar
- Melibatkan pelajar dengan pelbagai pengalaman
- Menggunakan pelbagai deria untuk memudahkan pembelajaran
- Pergerakan
- Pergerakan anggota
- Perubahan pertuturan
- Perubahan fokus deria
KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS
Objektif Penggunaan Papan Tulis
- Menarik serta mengekalkan tumpuan perhatian pelajar
- Menjelaskan satu-satu konsep secara teratur
- Menggalakkan pemikiran yang produktif
- Kejelasan - terang, saiz, jarak
- Susunan - bahagi papan tulis kepada beberapa ruang
- Penekanan - menggunakan warna yang menarik
- Teknik persembahan - nota, simbil, carta
Definisi Set Induksi dan komponen-komponennya
Definisi Set Induksi
Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu.
Ee Ah Meng (1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orientasi prapengajaran.
Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa set induksi ialah satu cara memulakan pengajaran dimana kemahiran memulakan pengajaran amat penting kerana di sini guru meyampaikan ideanya kepada pelajar dan menanamkan ke dalam fikiran pelajar bahan-bahan pengajaran yang hendak disampaikannya. Sementara itu, guru juga perlu menumbulkan minat dan menggerakkan para pelajar supaya mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran yang dipersembahkan oleh guru mereka.
Prinsip-prinsip Panduan
Ee Ah Meng (1987) menyatakan bagi mencapai kejayaan dalam set induksi atau permulaan pelajaran, guru hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut:i) Bermakna
Permulaan pelajaran sepatutnya bermakna kepada murid-murid dari segi minat, pengalaman, kebolehan dan umur.
ii) Perkaitan
Permulaan pelajaran sepatutnya berkaitan dengan isi dan objektif pelajaran.
iii) Perkaitan
Permulaan hendaklah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.
Objektif-objektif Set Induksi
Antara objektif-objektif kemahiran Set Induksi adalah seperti yang berikut:
i) Mendapatkan perhatian murid.
ii) Memotivasikan murid-murid.
iii) Mencadangkan cara-cara menjalankan tugas.
iv) Menyatakan had tugas yang akan dilaksanakan.
v) Membuat perkaitan antara yang telah dialami dengan yang di luar pengalaman murid-murid.
Komponen-komponen Set Induksi.
Komponen-komponen utama dalam kemahiran Set Induksi ialah menarik perhatian, mewujudkan motivasi, perkaitan kognitif dan menstruktur.i) Menarik Perhatian
Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan, menunjukkan sesuatu yang menghairankanm mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid.
ii) Mewujudkan Motivasi
Sebelum mengajar, guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar memberi perhatian, barulah pelajaran sebenarnya boleh dimulakan dengan senang dan mudah. (Omardin Ashaari,1997).
iii) Perkaitan Kognitif
Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Misalnya, guru yang mengajar ciri-ciri segitiga sama kaki boleh membincangkan ciri-ciri umum sesebuah segitiga terlebih dahulu.
iv) Menstruktur
Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan tugas itu. Contohnya, “Kita akan cuba menamakan lima bahagian Bunga Raya ini setelah melihat bahagian-bahagian itu dengan teliti”.
Kesan Kemahiran Set Induksi ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran.
Kesan-kesan penggunaan Set Induksi adalah seperti yang berikut:i) Motivasi murid tinggi. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi.
ii) Perhatian murid-murid terhadap pelajaran lebih baik. Ini memudahkan pembentukan konsep.
iii) Murid-murid akan berusaha kea rah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh guru.
iv) Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.
v) Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi.
vi) Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah. Ini akan mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menggalakkan.
Langgan:
Catatan (Atom)